Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Merdeka !!





Assalamualaikum...



Apa khabar semua??
Beberapa hari lagi semua rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang 55. Pejam celik-pejam celik negara kita dah merdeka 55 tahun kan? MERDEKA.. Apa yang kawan-kawan semua faham tentang merdeka? Yaa,, merdeka bermaksud pembebasan. Bebas dari segala ancaman penjajah. 

Untuk maklumat lanjut tentang info merdeka, anda boleh melawati link ini.




Namun, zaman sekarang ni, kebanyakan daripada kita dijajah minda oleh anasir2 luar contohnya pengaruh media massa dan juga kecanggihan teknologi masa kini yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai maklumat. Murid-murid pada masa kini juga terdedah kepada penyalahgunaan kemudahan teknologi seperti internet. Banyak budaya negatif yang mempengaruhi murid hingga menyebabkan berlakunya gejala negatif dalam kalangan murid. Jadi.. apa peranan kita semua sebagai guru??

Renung2kan sempena kemerdekaan yang bakal tiba. Bebaskan minda kita dan generasi akan datang daripada dijajah oleh budaya negatif.




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Kami mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua pengunjung nsismath09.blogspot.com. MAAF ZAHIR & BATIN


BEHATI-HATI DI JALAN RAYA 
INGATLAH MEREKA YANG TERSAYANG



Refleksi kendiri



Assalamualaikum semua =)


Haaa...mesti korang semua dah selesai menghasilkan blog masing-masing kan? Waaahh mesti cantikkan blog korang.. Tahniah2!!! Anda semua memang guru yang kreatif & inovatif.. 

Okeh.. Jom kite share sikit dapatan yang kite peroleh sepanjang menghasilkan blog nih.. Kire macam refleksi laa..hehe Kitekan dah pro buat refleksi..Maklum laaa dah 11 semester berada di IPG terchenta ni.. Kat bawah ni ada sedikit pandangan kami terhadap tugasan kerja kursus ni..



KEKUATAN :

  • Menjadikan kite semua guru yang kreatif. Sebab ape kreatif ?? Yela sebab kite semua dah pandai hasilkan blog yang canggih2.. Ada bling2 lagi tuh..hehe.. Semua maklumat di hujung jari.. Boleh share2 dengan orang lain lagi maklumat tu.. 
  • Info tentang thinking maps pulak sangat2 la membantu.. nanti bila dah posting kite semua boleh aplikasikan thinking maps tu kat murid2 ya..
  • Selain tu, tugasan menghasilkan blog ni menjadikan kite sebagai guru yang up-to-date. Guru yang cemerlang bukan setakat tahu content dalam buku je, tapi mesti up-to-date dengan perkembangan dunia IT sekarang.


KEKANGAN :

  • Sepanjang menghasilkan blog ni mesti korang dah terdidik untuk menjadi seorang yang penyabarkan ?? hehe... mesti laptop korang asyik hang je kan..sabar2...jangan dimarahi laptop itu.. Sesungguhnya laptop itu telah banyak berjasa pada kite semua..
  • Masalah broadband ?? Line slow sampai asyik kena tambah GB.. Itulah kekangan yang sering dihadapi bila kite menggunakan teknologi ini.. 



Apa pandangan korang semua tentang tugasan menghasilkan  blog ni?? Silalah share korang punya pandangan..  






Kesimpulannya, tugasan ni sangat2 bermanfaat. Semoga ianya akan diteruskan pada masa akan datang untuk guru pelatih yang lain pulak.. =)





DOWNLOAD BAHAN