Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Merdeka !!





Assalamualaikum...



Apa khabar semua??
Beberapa hari lagi semua rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang 55. Pejam celik-pejam celik negara kita dah merdeka 55 tahun kan? MERDEKA.. Apa yang kawan-kawan semua faham tentang merdeka? Yaa,, merdeka bermaksud pembebasan. Bebas dari segala ancaman penjajah. 

Untuk maklumat lanjut tentang info merdeka, anda boleh melawati link ini.




Namun, zaman sekarang ni, kebanyakan daripada kita dijajah minda oleh anasir2 luar contohnya pengaruh media massa dan juga kecanggihan teknologi masa kini yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai maklumat. Murid-murid pada masa kini juga terdedah kepada penyalahgunaan kemudahan teknologi seperti internet. Banyak budaya negatif yang mempengaruhi murid hingga menyebabkan berlakunya gejala negatif dalam kalangan murid. Jadi.. apa peranan kita semua sebagai guru??

Renung2kan sempena kemerdekaan yang bakal tiba. Bebaskan minda kita dan generasi akan datang daripada dijajah oleh budaya negatif.




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Kami mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua pengunjung nsismath09.blogspot.com. MAAF ZAHIR & BATIN


BEHATI-HATI DI JALAN RAYA 
INGATLAH MEREKA YANG TERSAYANG



Refleksi kendiri



Assalamualaikum semua =)


Haaa...mesti korang semua dah selesai menghasilkan blog masing-masing kan? Waaahh mesti cantikkan blog korang.. Tahniah2!!! Anda semua memang guru yang kreatif & inovatif.. 

Okeh.. Jom kite share sikit dapatan yang kite peroleh sepanjang menghasilkan blog nih.. Kire macam refleksi laa..hehe Kitekan dah pro buat refleksi..Maklum laaa dah 11 semester berada di IPG terchenta ni.. Kat bawah ni ada sedikit pandangan kami terhadap tugasan kerja kursus ni..



KEKUATAN :

  • Menjadikan kite semua guru yang kreatif. Sebab ape kreatif ?? Yela sebab kite semua dah pandai hasilkan blog yang canggih2.. Ada bling2 lagi tuh..hehe.. Semua maklumat di hujung jari.. Boleh share2 dengan orang lain lagi maklumat tu.. 
  • Info tentang thinking maps pulak sangat2 la membantu.. nanti bila dah posting kite semua boleh aplikasikan thinking maps tu kat murid2 ya..
  • Selain tu, tugasan menghasilkan blog ni menjadikan kite sebagai guru yang up-to-date. Guru yang cemerlang bukan setakat tahu content dalam buku je, tapi mesti up-to-date dengan perkembangan dunia IT sekarang.


KEKANGAN :

  • Sepanjang menghasilkan blog ni mesti korang dah terdidik untuk menjadi seorang yang penyabarkan ?? hehe... mesti laptop korang asyik hang je kan..sabar2...jangan dimarahi laptop itu.. Sesungguhnya laptop itu telah banyak berjasa pada kite semua..
  • Masalah broadband ?? Line slow sampai asyik kena tambah GB.. Itulah kekangan yang sering dihadapi bila kite menggunakan teknologi ini.. 



Apa pandangan korang semua tentang tugasan menghasilkan  blog ni?? Silalah share korang punya pandangan..  






Kesimpulannya, tugasan ni sangat2 bermanfaat. Semoga ianya akan diteruskan pada masa akan datang untuk guru pelatih yang lain pulak.. =)





LAGU TEMA PROGRAM i-THINK





The i-Think Song
(sing to the tune of Mulberry Bush)




This is the way to Thinking School


To Thinking School, To Thinking School


Inilah cara ke Thinking School,


Learn the i-Think way


This is the way we do our thinking,


We do our thinking, we do our thinking,


Inilah cara kami berfikir,


With thinking processes.



DEFINE, DESCRIBE, COMPARE &


CONTRAST, PART-WHOLE,


CLASSIFY, CAUSE & EFFECT,


SEQUENCE & SEEING ANALOGIES.


BUBBLE…., DOUBLE-BUBBLE MAP,


BRACE MAP, BRIDGE MAP,


FLOW…..MULTI –FLOW MAP,


TREE & CIRCLE MAP.

This is the way we love to learn,


We love to learn, we love to learn,


Cara begini kami suka,


Using the thinking maps.




Senikata : Pn Faridah Then bt Abdullah.


 

SEKOLAH RINTIS


Terdapat 10 buah sekolah yang menjadi perintis bagi program i-Think ini.
Berikut adalah sekolah-sekolahnya :


click image to enlarge

JENIS-JENIS THINKING MAPS


Terdapat 8 jenis thinking maps yang digunakan dalam program i-Think.
Imej di bawah menunjukkan jenis thinking maps serta fungsinya.


click image to enlarge


MAKLUMAT TUGASAN KKP EDU 3109


BAHAGIAN A:

Penggunaan blog adalah salah satu inovasi dalam pendidikan hari ini. Anda dikehendaki untuk menghasilkan sebuah blog berdasarkan tajuk dalam kursus EDU 3109-Guru dan Cabaran Semasa. Bentang dan jelaskan bagaimanakah blog yang anda hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran & pembelajaran dalam mata pelajaran ini. 




BAHAGIAN B:

Dalam usaha kerajaan menghasilkan modal insan yang berkualiti, program I-THINK telah mula diperkenalkan di beberapa buah sekolah bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Sebagai bakal guru anda dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan 8 thinking maps berdasarkan tajuk pilihan anda.



Kumpulan kami telah diberi tanggungjawab untuk membincangkan tajuk Reka Bentuk Resos & Reka Bentuk Pentaksiran. Layari blog ini untuk memperoleh input yang lebih banyak mengenai tajuk ini.






CIRI-CIRI PENAKSIRAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH - BRACE MAP


click image to enlarge


TRANSFORMASI PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN - BRIDGE MAP


click image to enlarge


Balik kampung..

Assalamualaikum...


Hmm...hari ni dah hari Rabu.. Mesti semua orang dah dalam mood raya kan? InsyaAllah, kite semua akan hari raya aidilfitri tahun pada hari Ahad. So, macam mana persediaan raya korang? 
Mesti dah puas pergi shopping raya kan? Apa pun, beringatlah ya.. Jangan membazir. Simpan sikit duit untuk jaminan masa depan. 
Haa di sini, kami selitkan beberapa tips untuk berbelanja 
dengan berhemah sempena hari raya yang bakal tiba ni.. 
Baca jangan tak baca =)




  • Jangan membeli-belah tanpa dirancang. Buat senarai barang yang perlu saja
  • Jangan berbelanja lebih daripada apa yang telah ditentukan. Jika apa yang ingin dibeli terkeluar dari budget, beli barangan lain.
  • Jangan membeli-belah lebih awal kerana kita mungkin akan panik apabila Aidilfitri semakin tiba. Berkemungkinan kita akan beli barang yang sama 2 kali.
  • Jika membeli-belah lebih awal, simpan resit pembelian. Manalah tau, nak tukar barang. Sesetengah pasaraya boleh tukar barang.
  • Bawa anak-anak sekali sekiranya nak beli keperluan mereka. Kalau mereka tak ikut, manalah tau baju terkecil ke atau mereka tak berkenan. Dah jadi satu hal.
  • Cari pendapatan sampingan jika perbelanjaan tahun ini amat ketat.
  • Jadi seorang yang kreatif. Tak payah tukar langsir tiap-tiap tahun. Hiaskan langsir lama agar nampak kelainan.
  • Kawal perbelanjaan dengan meninggalkan kad kredit, kat ATM dan pelbagai kad lagi di rumah. Bawak duit cash cukup-cukup je. Jadi boleh berjimat.
  • Beli barangan ikut keperluan bukan ikut hawa nafsu.

Ini hanyalah sekadar tips. Kalau korang ada strategi tersendiri untuk berbelanja, boleh juga digunakan asalkan ianya seiring dengan kemampuan kita. Jangan jadi macam orang di bawah ya.. Beli barang sampai tak nampak muka. =)









RM 1 NOTES - BRIDGE MAP


click image to enlarge

TYPES OF TRIANGLES - BRACE MAP


click image to enlarge


DEFINISI PROGRAM i-THINK

click image to enlarge




Apakah yang dimaksudkan dengan Program i-Think?


Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan
(needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi
(higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.
Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.






Bagaimana Program i-Think dilaksanakan?


  • Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.
  • Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar pada
tahun 2012.
  • Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat
pada tahun 2013.


Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind,
thinking hats, dan Q-matrix charts.





Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?


  • Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus,
berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
  • Aktiviti banyak berpusatkan murid.
  • Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan
sebagai fasilitator.



WHOLE NUMBERS - FLOW MAP

click image to enlarge

3D SHAPES - BUBBLE MAP

click image to enlarge

FRACTION - BUBBLE MAP

click image to enlarge

LENGTH, MASS & VOLUME OF LIQUID

click image to enlarge

MONEY - FLOW MAP

click image to enlarge

DIFFERENT BETWEEN POLYGON AND NON POLYGON-DOUBLE BUBBLE MAP

click image to enlarge

FRACTIONS-MULTI FLOW MAP

click image to enlarge

CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK

click image to enlarge

CONCEPT OF MULTIPLICATION-CIRCLE MAP

click image to enlarge

COMPARISON AND SIMILARITY BETWEEN ODD AND EVEN NUMBERS-DOUBLE BUBBLE MAP

click image to enlarge

USAHA PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENTAKSIRAN DI MALAYSIA-MULTI FLOW MAP

click image to enlarge

PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN SUMATIF DAN FORMATIF

click image to enlarge




Ramadhan bakal pergi...

Assalamualaikum w.b.t...
Apa khabar pembaca sekalian? Puasa tak hari ni? ;)
Sedar tak sedar, rupanya kita dah memasuki fasa terakhir ramadhan, iaitu fasa pembebasan daripada api neraka.
Cepat je kan masa berlalu?
Ramadhan pun bakal tinggalkan kita, tapi cubalah kita refleks diri, sudah cukupkah amalan yg kita kerjakan sepanjang Ramadhan tahun ini?
*mood sayu...
Andainya kita betul2 sedar bahawa Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun, pastinya kita akan berlumba-lumba membuat kebaikan dan kebajikan sepanjang bulan yang mulia ini...

~masihkah berpeluang menemui Ramadhan akan datang?~

Tentang Kami...

Kami terdiri daripada 3 orang guru pelatih semester 8 yang sedang mengikuti kursus PISMP Matematik di IPGK Perempuan Melayu Melaka...
Jom kenali kami dengan lebih dekat;) 



~Nurul Shahirah bt. Sharifuddin~
Merupakan anak jati Raub, Pahang.
Dilahirkan pada tanggal 23 Febuari 1989.
Mesra dengan panggilan 'Cikgu Shasha'.



~Syahidah binti Idris~
Merupakan seorang puteri bongsu daripada 
sebuah keluarga besar di satu daerah bernama Jerantut.
Lebih dikenali dengan panggilan 'Cikgu Syidah'.
Dilahirkan pada tanggal 28 Mac 1989.




~Nor Izzati binti Muhamed Asri~
Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Dilahirkan pada 18 November 1989.
Panggilan mesranya 'Cikgu Zati'.


DOWNLOAD BAHAN