Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

DEFINISI PROGRAM i-THINK

click image to enlarge




Apakah yang dimaksudkan dengan Program i-Think?


Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan
(needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi
(higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.
Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.






Bagaimana Program i-Think dilaksanakan?


  • Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.
  • Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar pada
tahun 2012.
  • Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat
pada tahun 2013.


Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind,
thinking hats, dan Q-matrix charts.





Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?


  • Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus,
berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
  • Aktiviti banyak berpusatkan murid.
  • Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan
sebagai fasilitator.



No comments:

Post a Comment

DOWNLOAD BAHAN